Khamis, 2 April 2009

Bilik j-QAF

Salam...

Antara tindakan yang perlu diutamakan oleh guru-guru jqaf di sekolah-sekolah yang terlibat dengan program jqaf adalah mewujudkan satu bilik khas terutama untuk P&P Pemulihan jawi. Alhamdulillah... pihak pentadbir SKT telah menyediakan sebuah bilik kelas yang agak luas siap berlantaikan 'tile', memasang 'white board' dan 'soft board' di sebelah depan dan belakang kelas serta 'gadget' lain untuk keperluan P&P. Apa yang perlu dilakukan oleh kami adalah membuat dan menampal BBM serta menghias bilik ini agar menjadi lebih kondusif dan lebih ceria. Hasilnya boleh lihat gambar-gambar di bawah.....

Dulu bilik ni berwarna biru laut sekarang .... 

LCD Projector & Laptop




Sebahagian BBM


Mural


Terima kasih kepada pihak sekolah di atas sokongan yang diberikan. teringin juga nak wujudkan satu taman di hadapan bilik jqaf. Nak isi waqaf kecil macam ni...



mahalll. paling murah pun dalam RM5k (Kat tepi stadium darulmakmur). Siapalah insan yang baik hati untuk mendermanya sebagai satu amal jariah? Hanya Allah sahaja yang tahu. Setakat ini saja coretan untuk kali ini. salam

1 ulasan:

  1. Suasana pembelajaran yg ceria lagi menarik...

    Smoga berjaya mencari 'sponsor' utk 'waqaf kecil' tuh... Insya Allah....:-))

    BalasPadam