Isnin, 13 April 2009

Syabas Pasukan Kompang Selawat SKT


Pertandingan kompang selawat peringkat daerah Kuantan telah diadakan pada 23 Mac, 2009 bertempat di SK Indera Mahkota Utama. Pertandingan seumpama ini baru pertama kali diadakan kerana sebelum ini pihak JPN akan memilih satu pasukan sahaja tanpa adakan pertandingan untuk mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan. Pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk memilih pasukan yang akan mewakili daerah Kuantan ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 3 hingga 5 April, 2009 di daerah Bera.

Inilah budak2 cilik dari SK Teruntum...kumpulan yang diberi nama...

INSANIAH


Ini pula ketika diorang buat persembahan...



Ini pula video persembahan diorang... tp x rakam habis.



Pasukan tuan rumah yang menggugat...



Keputusannya.....

Johan - SK Teruntum
Naib Johan - SK Indera Mahkota Utama
Ketiga - SK... ish... tak ingat la plak!

Akhirnya kami layak mewakili Daerah Kuantan....
Pergi Ke Bera..


Singgah Solat Jumaat kat Masjid Daerah Bera.


malam tu -taklimat guru pengiring dan ketua kontinjen
esoknya - bertanding (dapat tepukan yang gemuruh dari penonton)
malam esoknya - keputusan...

TAKDE NOMBOR ( ini bukan mencarut ye....(Taip dalam font webdings)

Ketua Hakim kata DISQUALIFIED sebab pakai capal. Aik! tak bagitau pun masa taklimat malam tu. kenapa x reject masa peringkat daerah lagi. confuse betul. buang karan dan wang ringgit je. Keputusannya MUKTAMAD. mcm iklan celcom pulak.

Takpelah dah takde rezeki nak wat camne.

Untuk pasukan kompang INSANIAH Sk Teruntum, Kalian memang best!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan